Samun kedai, polis tahan dua lelaki - Utusan Malaysia

Samun kedai, polis tahan dua lelaki

Samun kedai
SEORANG mangsa warga Bangladesh cedera di bahagian leher selepas dicederakan sekumpulan lelaki yang menyamun sebuah kedai dekat Jalan Anggerik Eria, Kota Kemuning di Shah Alam, Selangor pada 4 Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki selepas disyaki terlibat dalam kes samun sebuah kedai dan mencederakan seorang warga Bangladesh dalam satu kejadian dekat Jalan Anggerik Eria, Kota Kemuning, di sini pada 4 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima aduan kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut yang didakwa berlaku sekitar pukul 9.40 pagi.

Menurutnya, mangsa yang merupakan seorang pelanggan didatangi suspek ketika berada di dalam sebuah kedai runcit untuk membeli minuman keras, namun memaklumkan akan membayar pada hari lain.

“Terdapat dua pekerja dan seorang pelanggan (mangsa). Suspek tidak dibenarkan untuk membayar dikemudian hari oleh pekerja kedai tersebut, namun dia berkeras dan mengambil juga minuman keras itu dan bertindak mencederakan pelanggan dengan sebilah pisau.

“Jumlah kerugian termasuk minuman keras dan wang tunai kira-kira RM400,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas dua lelaki berusia 30-an secara berasingan pada Isnin lalu dan semakan mendapati masing-masing mempunyai dua dan enam rekod jenayah.

Polis turut menahan reman kedua-dua suspek sehingga 16 Jun, Jumaat ini.

Jelas Mohd. Iqbal lagi, bagaimanapun polis masih mengesan seorang lagi suspek dipercayai terlibat dengan jenayah tersebut yang masih bebas.

“Siasatan dijalankan dibawah seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat. 

“Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes ASP Mohammad Khairi di talian 012-2666025,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya