Raih pendapatan RM40,000 sebulan jual jambu - Utusan Malaysia

Raih pendapatan RM40,000 sebulan jual jambu

CHAN Teng Chay menunjukkan jambu bersaiz gred A di kebunnya di Kampung Stulang Daeng, Bukit Rambai, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengusaha lori tidak menyangka keputusannya menukar kerjaya mengu­sahakan kebun jambu gergasi yang diberi nama ‘louhan’ sejak 20 tahun lalu membuahkan hasil lumayan.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Chan Teng Chay, 65, berkata, dia mengambil keputusan menyerahkan perniagaan lori di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor kepada anaknya kerana ingin mengusahakan tanaman jambu.

Menurutnya, kerjaya baharunya bermula selepas dia membeli 100 anak pokok jambu dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat pada 2000.

“Saya berkunjung ke Taiwan dan beli 100 anak pokok dan menanamnya di Batu Pahat. Hasilnya saya teruja melihat saiz buah yang besar serta rasa manis dan rangup.

“Kemudian saya bawa 500 anak pokok untuk ditanam di kebun belakang rumah di Kampung Stulang Daeng, Bukit Rambai pada 2006. Apabila melihat hasil yang cukup memberangsangkan dan mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat, saya mula menanam sehingga 1,300 pokok di kawasan seluas 3.2 hektar,” katanya.

Tambah Teng Chay, jambu yang ditanamnya mendapat permintaan tinggi terutama daripada pemborong di Kuala Lumpur.

Jelasnya, kebunnya mampu mengeluarkan hasil lima tan seminggu dengan jualan gred A seberat 600 gram dan gred B pula 400 gram.

“Jambu ini sebenarnya mampu mencecah berat dua kilogram tetapi untuk jualan, berat buah ini mesti kurang daripada sekilogram kalau tidak, ia tidak laku untuk dijual. Saya mampu meraih pendapatan antara RM10,000 hingga RM40,000.

“Saya turut menanam dua lagi jenis jambu iaitu kristal yang tiada biji dan batu merah sebanyak 100 pokok,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN