Rahim Maarof beransur pulih, perlu rawatan susulan - Utusan Malaysia

Rahim Maarof beransur pulih, perlu rawatan susulan

RAHIM Maarof kini berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tahap kesihatan penyanyi rock legenda, Rahim Maarof, 67, dilaporkan semakin stabil dan beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital Mac lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, anaknya, Jasmin Rayhan berkata, penyanyi popular itu masih memerlukan rawatan susulan dan berehat selepas dibenarkan pulang ke rumah April lalu.

“Buat masa sekarang, ayah perlu berehat di rumah dan dalam pada masa yang sama, ada beberapa rawatan susulan. 

“Dia juga perlu menjalani proses rehabilitasi untuk melatih semula pergerakan fizikal dan percakapannya.

“Tetapi apa yang saya boleh kongsi, keadaan kesihatannya kini stabil, beransur pulih,”ujarnya.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Kristal itu dimasukkan ke ICU selepas tekanan darahnya naik mendadak.

Dalam pada masa sama, doktor perlu mengeluarkan cecair di bahagian otak menerusi pembedahan.

Semnetara itu, Jasmin juga berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kesembuhan ayahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya