PRN: Bersih seru SPR segera buka permohonan undi pos

PRN: Bersih seru SPR segera buka permohonan undi pos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  segera membuka permohonan undi pos bagi enam negeri yang akan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti. 

Menurut Jawatankuasa Pemandu Bersih, SPR tidak semestinya perlu menunggu sehingga semua negeri-negeri tersebut membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sebelum membuka permohonan kepada pengundi pos. 

Katanya, ia terutama kepada pengundi kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara seperti pelajar dan mereka yang bekerja serta menetap di luar negara untuk memohon menjadi pengundi pos dalam PRN nanti.

“Mengambil iktibar daripada pilihan raya lalu, jumlah pengundi pos kategori 1B meningkat daripada 7,979 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ke 48,109 pada PRU15, peningkatan sebanyak 600 peratus. 

“Pembukaan permohonan undi pos lebih awal akan memberikan lebih banyak masa kepada pengundi, justeru lebih ramai yang layak akan dapat memohon sebagai pengundi dalam PRN nanti. 

“SPR perlu sentiasa ingat bahawa adalah menjadi tanggungjawab perlembagaan untuk memastikan setiap rakyat yang layak mengundi diberikan akses pengundian yang mencukupi dalam pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara dalam pilihan raya.” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Sebagai rekod, enam negeri yang bakal menghadapi PRN adalah Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu. 

Mengulas lanjut, Jawatankuasa Pemandu Bersih berkata, gabungan itu juga mencadangkan supaya pengundi pos kategori 1C iaitu agensi atau organisasi yang dibenarkan SPR diperluaskan kepada para petugas kesihatan dan keselamatan yang bekerja di sektor swasta. 

Katanya, ia terutama kakitangan hospital swasta yang bertugas pada hari pengundian.

“Kejadian seperti petugas pilihan raya seperti kerani pengundian dan ketua tempat mengundi tidak menjadi pengundi pos juga tidak seharusnya berulang kembali. 

“Pada PRU15, pasukan Pemantau Bersih menerima banyak aduan kerani dan ketua tempat mengundi tidak didaftarkan menjadi pengundi pos. 

“Walaupun mereka  memohon dan akhirnya mereka dinafikan hak untuk mengundi dalam pilihan raya kerana terpaksa bertugas,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya