Polis tahan suspek terlibat pergaduhan, cederakan anggota polis - Utusan Malaysia

Polis tahan suspek terlibat pergaduhan, cederakan anggota polis

SEORANG lelaki tempatan berusia 56 tahun ditahan polis kerana terlibat dalam pergaduhan di Lebuh Chulia, di George Town, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Lebuh Chulia di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.35 malam itu, suspek turut mencederakan anggota polis selain mengeluarkan perkataan kesat terhadap anggota tersebut ketika hendak ditahan.

“Suspek telah menumbuk muka dan kereta milik orang awam.

“Pihak polis yang tiba di tempat kejadian telah menangkap suspek, semasa tangkapan dibuat suspek telah mengeluarkan perkataan kesat kepada polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video yang berdurasi tujuh saat memaparkan seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk yang bertindak menumbuk muka dan kereta orang awam di kawasan itu.

Menurut Soffian, berlaku pergelutan semasa tangkapan dibuat sehingga menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan luka di tangan.

“Suspek tidak bekerja dan berasal dari George Town itu mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah.

”Hasil ujian air kencing suspek juga didapati positif dadah dan dia direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam dari menjalankan kewajipan.

”Pihak polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

”Kami juga menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan rakaman video berkenaan kejadian tersebut di mana-mana laman media sosial bagi mengelakkan sebarang spekulasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya