Polis masih jejak dua penjenayah larikan diri

Polis masih jejak dua penjenayah larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis masih menjejaki dua lagi penjenayah bersenjatakan parang yang melarikan diri selepas dua rakan mereka ditembak mati dalam kejadian di Taman Supreme, Cheras di sini, pada 8 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kedua-dua suspek sudah dikenal pasti dan polis sedang giat mengesannya.

“Memang kita dah ada petunjuk tapi ia masih dalam siasatan. Kita belum keluarkan fotofit suspek.

“Kita juga masih menunggu laporan patologi dua suspek yang mati ditembak itu daripada pihak hospital,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Taman Bukit Cheras di sini, hari ini.

Pada 8 Jun lalu, dua penyamun bersenjatakan parang dilaporkan maut ditembak polis sebelum sempat memecah masuk sebuah rumah di sekitar Lorong Jintan, Taman Supreme.

Difahamkan, dalam kejadian pukul  3.30 pagi itu, polis menerima maklumat awam berkaitan pergerakan mencurigakan empat lelaki disyaki warga asing di kawasan berkenaan.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang sedang membuat rondaan diarahkan membuat pemeriksaan di lokasi terbabit.

Tiba di lokasi, empat penyamun dianggarkan berusia antara 30-an ke 40-an itu cuba menyerang anggota polis menggunakan parang.

Anggota polis yang cuba mempertahankan diri terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek dan membunuh dua daripada mereka, manakala dua lagi suspek melarikan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN