PH Perak lapor polis kenyataan Presiden Pas - Utusan Malaysia

PH Perak lapor polis kenyataan Presiden Pas

MOHD. Ikhmal Mohd. Iskandar (kiri) bersama ahli jawatankuasa Amanah Kawasan Lumut, Abdul Mutalib Zakaria selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di Seri Manjung hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Pakatan Harapan (PH) Perak membuat laporan polis terhadap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang dilaporkan oleh muka depan akhbar Harakahdaily dan dimuat naik dalam media sosial.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di Seri Manjung, pagi ini.

Pegawai medianya, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar berkata, ketika berada di Sitiawan kira-kira pukul 9 malam tadi, beliau telah membaca keratan akhbar tersebut yang bertajuk ‘Usah biar 13 Mei berulang’ yang dimuat naik dalam Facebook.

Dalam laporan polisnya, beliau mendakwa kenyataan itu berunsur perkauman yang sangat berbahaya dengan dakwaan ia adalah ulangan kepada kempen Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) bertujuan menakut-nakutkan untuk mengundi selain daripada Pas dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga mendakwa kenyataan itu sangat berbahaya yang boleh menimbulkan perasaan tidak selesa dalam kalangan rakyat Malaysia yang mencintai keamanan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis menyiasat Ahli Parlimen Marang itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1970. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya