Penyu agar ditemukan mati akibat perbuatan khianat - Utusan Malaysia

Penyu agar ditemukan mati akibat perbuatan khianat

KEADAAN seekor penyu agar yang ditemukan mati terdampar di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu, semalam.  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keterujaan seorang wanita dapat melihat seekor penyu di Pantai Pandak dekat Chendering di sini bertukar sedih apabila penyu tersebut ditemukan mati.

Nor Shazwa Samnuri, 27, dari Bukit Payong, Marang, berkata, dia terlihat apabila melihat seekor penyu berada di pesisir pantai tersebut kira-kira pukul 4 petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia kemudian terus mendekati penyu reptilia tersebut dan terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai reptilia itu.

“Ini kali pertama saya dapat melihat penyu, namun tak sangka pula ia telah mati.

“Paling saya sedih sebab tengok cengkerang penyu itu pecah dan kakinya telah diikat dengan batu, seolah-olah sengaja mahu ditenggelamkan, dibiarkan mati.

“Saya sempat ambil beberapa keping gambar sebagai bukti penemuan tersebut untuk rujukan pihak yang bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, berdasarkan gambar yang tular, penyu tersebut adalah spesies agar.

“Berdasarkan corak pada badan, nampak penyu itu macam masih muda, namun jantina sukar dipastikan kerana tiada pemeriksaan fizikal.

“Kematian akibat khianat ini bukan kali pertama berlaku, kerana sebelum ini pun ada kes kematian penyu yang diikat dengan batu, malah ada kes kesan toreh di bahagian perut penyu betina dipercayai kerana mahu mengambil telurnya,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap agar perkara ini dipandang serius semua pihak terutama golongan nelayan yang sentiasa menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan ketika berada di lautan.

“Sekiranya terjumpa penyu tersangkut atau mati di laut, ia boleh dibawa balik ke pangkalan, dan hubungi Jabatan Perikanan agar bangkai itu boleh dilupuskan  dengan baik. 

“Manfaatnya, kita boleh buat autopsi bedah siasat cari punca kematian. 

“Sebaliknya, jika ditenggelamkan dengan cara begini, diikat dengan batu dan kemudian ditemukan terdampar di tepi pantai, ia akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan memberi imej yang tidak baik untuk Terengganu sekiranya berterusan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya