Pemuda UMNO Perlis minta pucuk kepemimpinan cepatkan proses lantikan JPKKP - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Perlis minta pucuk kepemimpinan cepatkan proses lantikan JPKKP

SAIFUL Fariddil Jasmi berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pergerakan Pemuda UMNO negeri berharap kepemimpinan tertinggi parti mempercepatkan proses pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di Perlis.

Ketuanya, Saiful Fariddil Jasmi berkata, kelewatan pelantikan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada ahli parti sebaliknya juga melibatkan penduduk-penduduk kampung.

Katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar, mereka kini sudah tidak ada lagi tempat rujukan untuk mengadu masalah, memperoleh informasi serta segala bentuk pengesahan daripada borang pekerjaan sehinggalah persekolahan anak-anak.

“Kami berharap kepemimpinan tertinggi parti dapat mempercepatkan proses pelantikan JPKKP di Perlis. Hal demikian kerana, bukan hanya ahli parti sahaja yang hilang tempat menumpang kasih, malahan rakyat dan penduduk-penduduk kampung di seluruh negeri juga terasa kesannya.

“Ketika ini, pelantikan dari kerajaan negeri sendiri pun masih lagi tergantung dan tiada pelantikan mahupun pemakluman kepada rakyat negeri Perlis berkaitan masalah tersebut,” katanya berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju menjadikan Perlis negeri pertama memulakan pemilihan JPKKP.

Ahmad Zahid juga telah memberi kebenaran kepada setiap Ketua UMNO Bahagian di negeri ini untuk memulakan proses pemilihan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tambah Saiful Fariddil, Bahagian Kangar merupakan bahagian pertama di Malaysia yang telah menghantar borang permohonan JPKKP ini.

Justeru katanya, sememangnya menjadi hadapan agar proses pelantikan tersebut dapat disegerakan.

“Selain itu, saya turut mendapat makluman, bagi mengurangkan pertelagahan dan pertelingkahan yang boleh berlaku sesama kita, setiap parti perlu mengemukakan permohonan JPKKP mengikut parti masing-masing,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya