Pemuda desak DAP mohon maaf terhadap tohmahan UMNO

PAU: Desak DAP mohon maaf terhadap tohmahan kepada UMNO

tony pua
MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mendesak DAP memohon maaf terhadap segala tohmahan yang dilemparkan mereka kepada UMNO selama ini.

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, jika DAP sebelum ini boleh memohon maaf kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), mereka seharusnya berbuat demikian kepada UMNO.

“Jika betul suci, (kita desak DAP) tarik balik atas tohmahan kepada UMNO. Kalau jujur dengan GPS, bukan mengapa dengan kita.

“Saya mohon kepimpinan DAP, kalau hendak menempuh pilihan raya negeri dan mahu hati orang Melayu lembut, maka satu tuntutan maaf terhadap tohmahan kepada UMNO perlu dilakukan,”  katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTKCL) di sini hari ini.

Dr. Muhamad Akmal menegaskan, DAP juga perlu membuktikan segala tohmahan, pemikiran, cakap-cakap tentang parti itu yang anti Melayu, anti Islam, perkauman dan communist centric tidak akan berlaku dalam Kerajaan Perpaduan jika mahu orang UMNO berlembut hati.

“Inilah cara kita, tiada selindung, jujur yang kita junjung,” tegas beliau.

Menurutnya, UMNO tidak akan sesekali menjadi DAP dan tidak pernah meminta DAP menjadi UMNO.

“Kita nak tegaskan Pemuda UMNO akan pastikan yang UMNO tidak akan sesekali menjadi DAP,” katanya.

Mengulas tindakan pelawak Jocelyn Chia yang menghina dan memperlekeh  bangsa Malaysia, Dr. Muhamad Akmal berkata, pihaknya mendesak kerajaan untuk mengharamkan wanita itu daripada menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.

Jelas beliau, ia satu penghinaan yang tidak boleh diterima oleh Pemuda UMNO dan seluruh rakyat Malaysia. 

“Oleh itu, hari ini juga, saya akan mengarahkan Exco Pemuda saya untuk membuat laporan polis terhadap petualang ini. Esok juga, saya menyeru kepada semua pimpinan Pemuda, untuk kita sama-sama turun ke jalanan, berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada pukul 2.30 petang, untuk kita serahkan surat bantahan ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya