Pemandu mabuk jalinan rawatan, bebas jaminan polis

Pemandu mabuk jalinan rawatan, bebas jaminan polis

MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu kereta yang merempuh enam penunggang motosikal yang sedang berteduh daripada hujan di bawah jejambat di Kilometer 19.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini semalam, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tindakan tersebut diambil susulan lelaki berusia 26 tahun itu sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

“Pemandu itu telah ditahan semalam namun kita telah beri jaminan polis hari ini kerana dia mengalami kecederaan patah bahu akibat kemalangan tersebut dan sedang menerima rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera akibat dirempuh sebuah kereta Honda di Kilometer 19.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Selatan, di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 6.50 pagi berlaku ketika sebuah kereta Honda City yang dipandu oleh lelaki tempatan dalam perjalanan dari Kuala lumpur ke Cyberjaya. 

Kereta yang dipandu lelaki berusia 26 tahun terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar enam penunggang motosikal yang sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat. 

Tiga penunggang motosikal berusia 19 hingga 37 tahun disahkan maut di lokasi kemalangan manakala tiga lagi dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Hasil pemeriksaan ujian air kencing terhadap pemandu berkenaan terdapat kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan.

Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Justeru, orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan A/L Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.