Pelakon baharu jalin hubungan sulit - Utusan Malaysia

Pelakon baharu jalin hubungan sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon baharu Indonesia, Junior Roberts didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon wanita, Rebecca Klopper selepas beberapa bukti gambar dan rakaman video yang menunjukkan pasangan itu bercumbuan tersebar.

Pasangan itu mula rapat sejak bekerjasama dalam penerbitan drama bersiri, Mozachiko, dua tahun lalu.

Ditanya sama ada aksi bercumbuan itu merupakan sebahagian daripada babak lakonan, Junior tidak memberikan jawapan yang jelas.

“Saya tidak mahu jelaskan apa-apa kerana anda sendiri perlu menonton episod pertama drama itu dan baru tahu jawapan sebenar.

“Kami juga hanya kawan, tiada sebarang hubungan istimewa,” jelasnya memetik laporan Kompas.com.

Disoal sama ada isu tersebut mengganggu emosinya, Junior berkata, dia langsung tidak terkesan dengan kontroversi itu.

“Saya ini jenis yang tak ambil peduli. Bukan jenis ada kontroversi terus rasa tertekan.

“Terserah apa orang lain hendak cakap kerana itu hak kalian. Saya hanya perlu berdiam diri,” katanya.

Untuk info, drama baharu yang diadaptasi daripada novel itu mula ditayangkan sejak semalam di WeTV.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya