PAU 2023 platform ‘basuh’ fikiran ahli UMNO, kembali terima Anwar, DAP

PAU 2023 platform ‘basuh’ fikiran ahli UMNO, kembali terima Anwar, DAP

NOR AZAH ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung UMNO kali ini dilihat lebih kepada usaha untuk ‘membasuh’ pemikiran ahli parti yang dahulunya dipasak membenci DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun kali ini memaksa ahli parti untuk menerimanya demi kepentingan tertentu.

Mempersoalkan perkara tersebut, Exco Srikandi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nor Azah Abdul Aziz berkata, meskipun tidak mustahil dalam sebarang kerjasama politik baharu, namun ia dilihat janggal kerana doktrin pemikiran yang dipasak dalam fikiran ahli UMNO itu terlalu dalam sehingga sukar untuk dilupakan.

“Saya meneliti ucapan dasar beliau selama 34 minit, saya dapati tidak ada sepatah pun perkataan menyebut ‘DAP’ tetapi hanya menyebut ‘Friends of BN’, ‘Friends of Komponen BN’, dan rakan-rakan daripada kerajaan Perpaduan. Walaupun kelihatan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching berada di hadapannya. Saya juga lihat ucapan penggulungannya selama 24 minit, masih juga tidak ada sebut ‘DAP’.

“Tidak dapat dibayangkan bagaimana jentera Wanita UMNO mahu berganding bahu dengan DAP pada PRN kali ini. Bertahun lamanya, UMNO label DAP sebagai parti komunis. Begitu juga DAP, gelar UMNO parti rasis.

“Akhirnya, ‘gelaran’ itu terpadam apabila pemimpin-pemimpin mereka pun memijak rumah ‘keramat’ UMNO. Rakyat masih lagi tidak lupa PAU pada 2021 lalu slogan dilaungkan adalah No Anwar dan No DAP, kini ia berubah menjadi Yes Anwar dan Yes DAP,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin DAP, Teo Nie Ching hadir ke persidangan sayap Wanita Perhimpunan Agung UMNO bagi mendengar ucapan dasar Ketua Wanita, Datuk Noraini Ahmad.

Nie Ching ketika ditemui Utusan Malaysia sebelum ini berkata, beliau berharap kerjasama rapat dapat dibuat di antara wanita Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi mewujudkan kestabilan untuk pembangunan negara.

Nor Azah dalam masa yang sama turut berkata, Noraini patut berasa malu kerana dilihat tidak mempertahankan beberapa isu yang berkaitan dengan perjuangan agama.

“PAU2023 kali ini tidak menumpukan soal memperkasakan wanita Melayu dalam ekonomi dan kebajikan. PAU 2023 kali ini juga tidak mengangkat isu kalimah Allah sebaliknya hanya menyebut Umno pertahan kesucian agama Islam. Begitu juga ruang perhimpunan ini digunakan untuk meminta isu kuota wanita dalam jawatan kerajaan dan calon pilihan raya, tetapi bukannya bincang kaedah penyelesaian isu rakyat yang semakin terhimpit. Amat malang sekali, Noraini gagal menegur sikap gelojoh seorang Ahli Parlimen PKR yang mahu menjadikan bak kut teh sebagai makanan tradisi rakyat Malaysia pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Mana mungkin martabat orang Melayu dan Islam terbela dengan mengharapkan 30 kerusi UMNO berpakat dengan DAP, yang ideologi parti itu ke arah kiri? Jika nak letak kepentingan negara melebihi ego dan maruah, tetapi

Noraini lupa zalimnya kerajaan PH-BN ini tidak memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang sehingga kini,” ujarnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya