Pameran kereta khas impot terus dari Jepun

Pameran kereta khas impot terus dari Jepun

PEMINAT kereta mengunjungi Pameran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 di MITEC, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ORANG ramai terutama peminat dan pencinta kereta menyerbu Pameran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, semalam.

Pameran berprestij itu yang merupakan acara satelit berdasarkan pameran kereta terkemuka di Jepun, diserbu peminat dari seluruh negara untuk melihat kereta-kereta diimport khas dari negara matahari terbit berkenaan.

Pengunjung boleh melihat sendiri ubah suai kereta yang radikal lagi ekstrem, pelbagai aksesori automotif dan perkhidmatan selepas pasaran di pameran itu. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN