Noraini ingatkan Wanita, UMNO bukan lagi parti dominan

Noraini ingatkan Wanita, UMNO bukan lagi parti dominan

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO bukan lagi sebuah parti yang dominan, sekali gus Wanita UMNO harus menerima kerjasama yang dijalinkan dalam dunia politik baharu hari ini.

Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, kerjasama ini perlu diteruskan bagi mengekalkan survival parti sekali gus menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan yang kini melibatkan 19 parti berbeza.

“Setelah enam bulan kita bersama di dalam kerajaan  perpaduan ini, masih ingat lagi saya bagaimana ianya  bermula. Ketika Barisan Nasional membuat  keputusan untuk mengadakan kerjasama dengan

parti-parti lain bagi membentuk kerajaan perpaduan,  ramai pendukung parti yang terpinga-pinga, ada yang  terkejut, ada yang kecewa dan ramai juga yang bimbang mengenai masa depan parti ini.

“Ingatlah, kita bukan lagi sebuah parti dominan. Kita  tidak akan bertanding semua kerusi. Kita perlu bermuafakat. Kita perlu berkompromi. Demi  membawa kemenangan kepada kerajaan perpaduan, yang kita dukung bersama.

 “Kita hendak kerjasama ini disulam dengan satu tindakan kerja yang lebih kukuh di peringkat akar umbi, tanpa meminggirkan nilai dan ideologi asas UMNO,” katanya dalam ucapan dasar perasmian sayap Wanita di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini.

Noraini bagaimanapun turut menegaskan, meskipun gabungan parti dibuat bersama parti lain bagi membentuk kerajaan, namun prinsip dan pendirian parti sebagai asas perjuangan tidak sesekali diabaikan.

“UMNO akan kekal konsisten menegak,  mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai Agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya