Naib Presiden Warisan nafi khabar angin keluar parti

Naib Presiden Warisan nafi khabar angin keluar parti

JUNZ WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Junz Wong menafikan khabar angin yang menyatakan beliau akan keluar parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru itu berkata, beliau kekal setia bersama Warisan.

“Saya tidak akan tinggalkan parti dan saya telah memaklumkan perkara ini kepada Presiden dan juga Warisan bahagian.

“Pemimpin dan ahli datang dan pergi tapi, perjuangan untuk Sabah akan terus kekal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pendirian itu dibuat selepas beberapa ahli Warisan Bahagian Kota Kinabalu keluar daripada parti bagi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada Sabtu.

Mengulas lanjut katanya, Warisan Bahagian Kota Kinabalu tidak goyah dengan tindakan sebahagian ahli keluar daripada parti tersebut.

Junz berkata, Warisan bahagian itu masih lagi kukuh dengan adanya pemimpin lama dan baharu yang akan dibentuk.

“Kami mempunyai barisan pemimpin baharu yang akan dicadangkan dalam mesyuarat agung luar biasa peringkat bahagian selaras dengan Perlembagaan parti dan prosedur Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS),” katanya.

Pada Sabtu, hampir semua ahli jawatankuasa Warisan Bahagian Kota Kinabalu yang diketuai ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri merangkap Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pertemuan itu bagi menyatakan hasrat ahli jawatankuasa itu keluar daripada Warisan bagi menyertai Gagasan Rakyat.

Ahli jawatankuasa Warisan Bahagian Kota Kinabalu yang baharu akan dianggotai oleh Junz selaku Ketua Bahagian; bekas Senator Dr. Chong Eng Leong (Penasihat Kanan), Chin Teck Ming (Penasihat Undang-Undang), Melanie Chia (Timbalan Ketua Bahagian), Terence Au Soon Fui (Naib Ketua Bahagian), Kok Liang Loi (Setiausaha) dan Wong Sai Peng (Bendahari) dan Samuel Wong (Ketua Penerangan). –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya