Hari Keluarga Persatuan Wartawan Sabah (SJA) yang kembali diadakan selepas tiga tahun disambut meriah dengan kehadiran lebih 100 ahli persatuan dan anggota keluarga pada Sabtu lalu.
Menurut Presiden SJA, Datuk Muguntan Vanar, penganjuran program tahunan tersebut tertangguh susulan pandemik Covid-19 sejak 2010.
Program itu diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli SJA dan anggota keluarga yang hadir.
Penganjuran program dimeriahkan dengan 10 aktiviti sukaneka membabitkan kanak-kanak dan orang dewasa.- utusan