Muhammad Syahrulnizam pasang azam tawan Everest - Utusan Malaysia

Muhammad Syahrulnizam pasang azam tawan Everest

MUHAMMAD Syahrulnizam Mohd Noor (kiri) bersama Keshab Jung Thapa mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Yala setinggi 5,520 meter. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pendaki muda negara memasang azam untuk menakluki puncak Everest setinggi 8,848 meter (M) pada tahun depan selepas menjalani pelbagai program latihan untuk menyiapkan dirinya.

Disebalik tragedi yang mengorbankan 12 dan lima pendaki yang hilang di kawasan puncak gunung tertinggi dunia, ia tidak mematahkan semangat Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 19, untuk mencapai impiannya menjadi pendaki termuda negara menawan puncak tersebut.

Ini kerana impian dipunyai Muhammad Syahrulnizam adalah disebabkan ingin menjadi pemangkin semangat dan ikon kepada semua generasi baharu yang dipenuhi pelbagai cabaran perlu dihadapi pada masa akan datang.

Muhammad Syahrulnizam kini sudah pun mempersiapkan dirinya apabila menjalani Latihan ‘technical ice’ dan ‘rock climbing’ di tengah Banjaran Himalaya sehingga ke puncak Gunung Yala, Langtang yang setinggi 5,520 M.

Latihan tersebut dijalani dirinya sejak 4 Jun lalu dan turut disertai oleh pendaki persendirian, Mohd Noor Mat Amin dan Drupati Pun, ia dikendalikan oleh sherpa berpengalaman, Goljie Sherpa daripada Index Adventure selama tiga minggu.

Untuk rekod, pada tahun lalu, Muhammad Syahrulnizam berjaya menjejak kaki di Everest Base Camp, Annapurna Base Camp, Kyamji Gumba.

Sehubungan itu, dengan berbekalkan pengalaman dan latihan, penerima pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pendaki tangga Menara Kuala Lumpur termuda pada tahun 2008 itu percaya dapat menawan puncak Everest.

Sementara itu, Muhammad Syahrulnizam akan meneruskan program latihan intensif seterusnya pada Oktober ini dengan melakukan pendakian teknikal ke Gunung Island Peak setinggi 6,189 M.

Malah, akan turut melakukan pendakian di Mera Peak setinggi 6476 Mdan Lobuche Peak setinggi 6,119 M, lalu membuat penyesuaian diri di trek sebelum menuju ke puncak Everest yang bermula Mac 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN