Mara tawar peluang kepada Nur Alia

Mara tawar peluang kepada Nur Alia

KHARTINA Musaddiq (kiri) mengunjungi dan memberi penerangan peluang yang ditawarkan untuk menyambung pelajaran kepada Nur Alia Maisarah Abdullah (empat dari kanan) iaitu anak seorang penoreh getah yang memperoleh keputusan 9A SPM di Kampung Kubang Perun, Chuping, Padang Besar, UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN/
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kisah Nur Alia Maisarah Abdullah anak seorang penoreh getah mendapat keputusan 9A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang disiarkan Utusan Malaysia kelmarin mendapat perhatian Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang mengunjungi rumah keluarga remaja itu di Kampung Kubang Perun, di sini, semalam.

Wakil Mara dari negeri ini tampil membantu bagi memberi penerangan mengenai program yang ditawarkan menerusi program bakat muda atau Young Talent Development Programme (YTP) bagi memberi pilihan kepada Nur Alia menyambung pelajaran.

YTP adalah program penajaan pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah di bawah Mara untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2022 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (latihan dan kerja) Mara negeri, Khartina Musaddiq berkata, kehadiran mereka adalah bagi memberi penerangan mengenai peluang yang boleh ditawarkan kepada Nur Alia bagi menyambung pelajaran.

“Permohonan program YTP itu dibuka selama 12 hari mulai 8 Jun. Syarat kelayakan akademik untuk melayakkan ditawarkan dalam program YTP itu mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A- dan 7A- untuk laluan luar negara bagi keputusan SPM 2022,” katanya.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, seorang penoreh getah, Abdullah Ismail,54, sebak kerana terlalu gembira selepas anaknya memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam SPM. Nur Alia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka membuat kejutan de­ngan datang sendiri ke kebun getah bagi menunjukkan keputusan semua A tersebut kepada bapanya yang sedang menoreh getah.

Dengan keputusan tersebut membuktikan kesusahan hidup bukan penghalang bagi Nur Alia mendapat keputusan sangat cemerlang sekali gus turut membanggakan sekolahnya yang terletak di pinggir bandar.

Dalam pada itu, kisah Nur Alia yang terus ke kebun getah memaklumkan keputusan tersebut kepada ayahnya turut mendapat perhatian Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

“Seorang sahabat saya me­nunjukkan artikel di Utusan Malaysia mengenai kejayaan Nur Alia yang mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. “Dia (Nur Alia) yang mengambil keputusan berkenaan dan terus ke ladang getah untuk memaklumkan kepada bapanya yang sedang menoreh, menggambarkan betapa tingginya akal budi pekerti dan nilai akhlaknya terhadap ibu bapa. “Kesungguhan Alia berjaya da­lam pelajaran walaupun berhadapan dengan cabaran wajar menjadi ikutan ramai anak-anak muda an Mara dan Mara Perlis untuk bertemu dan membantu Alia melalui skim penganjuran pelajaran yang sedia ada untuk meringankan beban keluarga.” ujarnya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya