Lima beradik teruja tunai haji

Lima beradik teruja tunai haji

NUR Iliana Nasuha (dua dari kanan) bergambar bersama suami, Muhammad Nur Syaza (kanan) dan adiknya, Nur Nadirah Nasuha (tiga dari kanan), Ahmad Firdaus Daniel( tiga dari kiri), Nur Maisarah Nasuha (dua dari kiri) dan Nur Saffiyah Nasuha (kiri) ketika ditemui di Hotel Land Premium di Mekah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: “Jangan bergaduh dan mesti kekal bersama ke mana sahaja semasa haji. Kami tiada untuk menjaga kamu semua.”

Pesanan itu menjadi pega­ngan lima beradik yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan haji bersama-sama tanpa kehadiran ibu bapa mereka.

Mereka ialah, Nur Iliana Nasuha Ramlan, 32, Nur Nadirah Nasuha, 29, Ahmad Firdaus Daniel, 27, Nur Maisarah Nasuha dan Nur Saffiyah Nasuha, 18.

Nur Iliana berkata, bapanya, Ramlan Abdul Majid, 60, dan ibu, Khuzaimah Abdul Talib, 58, membuat pesanan itu berkali-kali sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Katanya, dia gembira kerana dapat menunaikan haji pada usia muda apatah lagi pergi ke Tanah Suci bersama kesemua empat adiknya dan suami, Muhammad Nur Syaza Badari, 35.

“Kami tiba di Mekah pada Isnin lalu dari Kuala Lumpur. Ibu bapa mendaftarkan nama kami ke Tanah Suci pada 2008 dan syukur kami semua dipilih tahun ini.

“Semua urusan dipermudahkan dan apa yang lebih menggembirakan ialah empat adik ditempatkan dalam satu bilik dan begitu juga saya serta suami. Lebih meriah apabila kesemuanya datang ke bilik kami ketika waktu makan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut akauntan itu, le­bih menggembirakan keluarga apabila Nur Saffiyah mendapat keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang keputusannya diumumkan Khamis lalu dan diambil oleh ibu bapa mereka.

“Ini kali pertama kami bersama dalam tempoh yang panjang selama 48 hari. Sebelum ini berkumpul ketika hari raya sahaja,” katanya.

Ujar Iliana, ibu bapanya tidak bersama kerana mereka pernah mengerjakan haji sebelum ini.

“Hotel Land Premium ini agak jauh tetapi jalannya landai. Kami perlu kuatkan mental dan fizikal untuk berjalan terutama ke Masjidilharam yang terletak kira-kira satu kilometer,” kata­nya. Sementara itu, Nur Saffiyah Nasuha berkata, dia berazam untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini apabila pulang ke tanah air nanti.

“Saya tak anggap ia sebagai beban apabila bergelar hajah pada usia muda,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya