Lelaki pukul kepala pemandu wanita sudah ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki pukul kepala pemandu wanita sudah ditahan

TANGKAP layar rakaman video kejadian seorang lelaki memukul kepala seorang wanita berhampiran Lata Iskandar dekat Tapah semalam yang tular dalam media sosial. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lelaki dalam rakaman video tular yang dipercayai memukul kepala seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar dekat Tapah semalam, telah ditahan polis hari ini.

Suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyelia kilang itu diberkas di Serdang, Selangor.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan ke atas lelaki itu dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 5.33 petang ketika mangsa dan adik lelakinya berusia 17 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah.

“Wanita itu dikatakan mahu memotong sebuah kereta Proton Persona dipandu suspek namun gagal sebelum lelaki itu menunjukkan isyarat lucah berhampiran Lata Iskandar.

“Lelaki itu kemudiannya telah turun dari kenderaan dan mengetuk cermin kereta dipandu mangsa. Mangsa telah dimarahi dan dipukul di kepala selain diberikan ugutan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan ke atas nombor pendaftaran kereta yang dinaiki lelaki itu mendapati ia didaftarkan atas nama seorang wanita yang beralamat di Tanjong Karang, Selangor.

Katanya, usaha mengesan suspek telah berjaya dibuat di sekitar kawasan Serdang.

“Suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 325/506/509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 59 saat yang memaparkan seorang lelaki memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pemandu wanita sebelum memukul kepala mangsa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya