Lelaki Myanmar terjun dari tingkat 10 selepas bakar bilik

Lelaki Myanmar terjun dari tingkat 10 selepas bakar bilik

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Myanmar diselamatkan selepas cuba terjun dari tingkat 10 sebuah apartmen di Kajang, dekat sini setelah membakar biliknya dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki berusia 30-an itu membakar bilik serta mengancam untuk terjun.

“Anggota bomba dapat memujuk mangsa dan memadam kebakaran terbabit. Kebakaran membabitkan tilam dan kemusnahan lima peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN