Lelaki menyamar pegawai SPRM tipu pembelian rumah

Lelaki menyamar pegawai SPRM tipu pembelian rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menjalankan kegiatan penipuan melibatkan pembelian rumah di bawah dua agensi kerajaan di Lembah Klang berjumlah kira-kira RM10,000. 

Penahanan suspek berusia 40-an itu dipercayai dilakukan di SPRM Putrajaya kira-kira pukul 10 malam, semalam.

Menurut sumber, suspek dipercayai menipu mangsa dengan menyamar sebagai ejen kerajaan bagi mendapatkan wang deposit daripada mangsa bagi pembelian rumah berkenaan.

Sumber berkata, bagi meyakinkan mangsa bahawa wang deposit suspek tidak akan dikembalikan, suspek kemudian menyamar sebagai pegawai SPRM yang kononnya sedang menyiasat ejen tersebut.

“Mangsa terdiri daripada beberapa orang awam dari sekitar Lembah Klang dan Utara tanah air,” katanya.

Kata sumber itu, suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut  sekitar tahun 2022 hingga 2023.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang,  Tuan Ruslan Tuan Mat mengesahkan penahanan tersebut.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya