Lelaki dicekup curi tabung masjid ketika solat Jumaat - Utusan Malaysia

Lelaki dicekup curi tabung masjid ketika solat Jumaat

Curi tabung masjid
SUSPEK yang dicekup mencuri tabung di Masjid Padu Permai, Sungai Besar, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Cubaan seorang lelaki mencuri duit tabung masjid ketika jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Padu Permai, Sungai Besar di sini, gagal apabila dicekup polis semalam.

Kejadian pukul 1.53 petang itu selepas suspek berusia 25 tahun berpura-pura sebagai jemaah dan bertindak meninggalkan saf untuk mencuri duit.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd. Alias berkata, lelaki itu ditahan pihaknya menerusi satu operasi khas iaitu Op Pintu di masjid tersebut.

“Polis turut merampas wang berjumlah RM500 dan tabung milik masjid daripada suspek. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati suspek kali ketiga melakukan kegiatan itu dengan menggunakan taktik sama.

“Lelaki itu melakukannya ketika jemaah lain khusyuk menunaikan solat Jumaat dengan bertindak keluar daripada saf. Dia kemudian mengambil wang didermakan jemaah lain di dalam sebuah tabung yang terletak dalam masjid,” ujarnya.

Tambah Agus Salim, saringan awal ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam bangunan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya