LCS: Mengapa AMK bisu dan pekakkan telinga isu? -Syed Saddiq

LCS: Mengapa AMK bisu dan pekakkan telinga? -Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoal tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK)  yang kini hanya  ‘membisu dan memekakkan telinga’ berhubung isu  skandal kapal tempur pesisir (LCS).

Ahli Parlimen Muar itu berkata, AMK sebelum ini antara pihak yang lantang bersuara dalam isu itu dengan menuduh beberapa menteri yang kini sudah berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“(Tetapi) yang pelik dan ajaibnya, orang sama yang tuntut perkara ini, kini ingin mengambil tindakan ke atas saya kerana membangkitkan isu LCS.

“Saya tidak kata pun perkara ini (humban dalam penjara), (tetapi) yang saya mohon proses yang betul iaitu kita adakan perbahasan di Parlimen dan isu sama yang dituntut sebelum pilihan raya. Kita (pembangkang ketika itu) letakkan beberapa tuduhan ke atas beberapa menteri utama yang kini dalam kerajaan dan ingin penjarakan mereka.

“Tetapi bila kita ingin tahu perkara ini secara mendalam, kita lupakan dan diamkan, bisukan mulut, pekakkan telinga serta butakan mata,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Syed Saddiq dalam masa yang sama turut menjelaskan yang beliau menghormati teguran Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, namun menegaskan usul tergempar LCS sangat terperinci dan ia disifatkan berkepentingan orang ramai serta perlu disegerakan.

“Saya dah kongsikan (dalam surat) mengapa ini kepentingan orang ramai dan mengapa ia perlu disegerakan kerana dalam tempoh satu minggu kos LCS dinaikkan tambahan sebanyak RM2.2 billion dan jumlah kapal dikurangkan dalam tempoh satu minggu.

“Itu mengapa ia perlu disegerakan dan mengapa ini isu kepentingan orang ramai. Saya rasa semua orang tahu dan bersetuju ini melibatkan RM11.2 bilion duit rakyat dan projek ditangguh berkali-kali serta tiada tangkapan besar (individu yang dituduh),” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN