Kerajaan sekat SMS mengandungi URL mulai 2 Julai 

Kerajaan sekat SMS mengandungi URL mulai 2 Julai 

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan menyekat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan pelokasi sumber seragam (URL) mulai 2 Julai depan. 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu diambil sebagai salah satu cara untuk mencegah penipuan atas talian. 

“Saya dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menjadikan keselamatan siber sebagai teras utama. Mulai 2 Julai ini, SMS yang mengandungi URL akan disekat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Sebelum ini, kebanyakan penipuan dalam talian dilaporkan berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan yang dihantar melalui SMS dan akhirnya menjadi mangsa selepas memberikan maklumat peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN