Kerajaan pertimbang syor tanam padi lima musim dalam dua tahun

 Kerajaan pertimbang syor tanam padi lima musim dalam dua tahun

Malaysia perlu menghasilkan padi pada tahap sara diri bagi elak pergantungan bekalan dari negara lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sedang menilai kaedah pelaksanaan untuk meningkatkan produktiviti penanaman padi melalui kaedah penanaman lima musim dalam tempoh dua tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) yang bersidang buat kali pertama semalam mengetengahkan hasrat mengambil pendekatan berpaksikan kesinambungan bekalan makanan negara agar kekal terjamin.

“Jawatankuasa ini berperanan dalam merangka dasar dan strategi sekuriti makanan yang lebih holistik dan mampan. 

“Antara perkara yang dibincangkan adalah berhubung cadangan untuk meningkatkan produktiviti penanaman padi melalui kaedah penanaman lima musim dalam tempoh dua tahun. 

“Kerajaan akan menilai kaedah pelaksanaan bagi memastikan cadangan dapat direalisasikan dengan segera,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Anwar berkata, JKSMN kali ini turut memberi tumpuan memperkukuh sekuriti makanan negara mengambil kira enam faktor-faktor yang memberi kesan kepada pertanian negara.

“(Ini) seperti perubahan iklim, kekangan sumber, konflik geopolitik, kemudahsampaian makanan, jurang pendapatan dan amalan pemakanan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, mesyuarat tersebut  membincangkan usaha mempertingkat peranan FAMA dalam menjadi agensi utama menjamin ketersediaan bekalan makanan.

“Mesyuarat turut bersetuju dengan cadangan untuk memodenkan aktiviti penternakan melalui kaedah sistem penternakan secara tertutup bagi menggalakkan pengurusan ladang yang produktif dan selamat,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya