Keputusan petisyen Parlimen Marang, K. Terengganu, hari ini - Utusan Malaysia

Keputusan petisyen Parlimen Marang, K. Terengganu, hari ini

PETISYEN
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini akan memutuskan petisyen pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun lalu bagi Parlimen Kuala Terengganu dan Marang yang dibuat Badan Perhubungan UMNO Terengganu pada Januari lalu.

Kerusi tersebut masing-masing dimenangi Datuk Ahmad Amzad Hashim dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan majoriti  40,907 dan 41,729 undi.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang memohon seluruh penyokong Perikatan Nasional (PN) mendoakan agar keputusan tersebut memihak kepada Pas.

“Esok (hari ini) petisyen pilihan raya, mahkamah akan buat keputusan pada pukul 10 pagi, dua parlimen keputusan serentak untuk Marang dan Kuala Terengganu. Saya mohon agar semua pakat mohon doa kepada Allah SWT agar keputusan menyebelahi kita.

“Sebab kita tahu kita lihat sebenarnya ini juga akan membina momentum. Gelombang ini akan diteruskan. Insya-Allah, tadi kita buat solat hajat di markas Seksyen 18, kita buat apa yang kita mampu, kita usaha selain berhujah dalam mahkamah. Insya Allah, mudah-mudahan,” katanya ketika berucap dalam Jelajah Selangor Baharu Peringkat Shah Alam, malam tadi.

Utusan Malaysia difahamkan, keputusan petisyen tersebut akan diputuskan oleh Mahkamah Pilihan Raya di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada pukul 2.30 petang, hari ini.

Pada 3 Januari lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan UMNO Terengganu memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan PRU15 di parlimen berkenaan.

Petisyen tersebut dibuat mengikut Akta Pilihan Raya 1954 sepas mendakwa Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim memaklumkan kemenangan PN khususnya Pas pada PRU15 di Kuala Terengganu dan Marang menjadi manifestasi kepada kemunculan gelombang sokongan terhadap PN.

“Kita hadapi, alhamdulillah, gelombang rakyat sangat luar biasa. Saya dahulu di Kubang Kerian, pilihan raya lepas saya menang 17,000 majoriti, baru-baru ini 41,000 majoriti, tuan guru dahulu 18,000, baru-baru ini 42,000 majoriti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya