Kemas disediakan peruntukan RM18.9 juta lahir 1,500 usahawan rintis setiap tahun - Utusan Malaysia

Kemas disediakan peruntukan RM18.9 juta lahir 1,500 usahawan rintis setiap tahun

AHMAD Kamal Idris Mohd. Nawawi (berdiri, tujuh dari kiri) kanan) bergambar bersama  penerima anugerah pada program Jom Masuk Kampung di Kampung Pulau Manis dekat Serada, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) disediakan peruntukan sebanyak RM18.9 juta untuk melahirkan 1,500 usahawan rintis di seluruh negara pada setiap tahun.

Ketua Pengarah Kemas Malaysia, Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi berkata, usahawan tersebut akan mengikuti kursus lima kemahiran melalui program ‘Quick Win’  iaitu bidang jahitan, masakan, dandanan diri, seni tangan dan komputer.

Menurutnya, tumpuan diberi kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan menunjukkan minat serta komitmen terhadap bidang tersebut.

“Oleh itu, kita mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk menyertai kursus itu hadir mendapatkan penerangan dari pejabat-pejabat Kemas yang berhampiran.

“Ini termasuk kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang  berminat dengan dunia keusahawanan kerana Kemas akan membimbing mereka dalam bidang kemahiran yang bersesuaian.

“Tiada syarat kelayakan akademik tertentu ditetapkan kerana yang penting mereka berminat dan serius mahu mengikuti kursus kemahiran untuk dijadikan sumber pendapatan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Masuk Kampung di Kampung Pulau Manis dekat Serada di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program Jom Masuk Kampung itu bertujuan menyantuni penduduk di kawasan luar bandar agar mereka tidak ketinggalan menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan.

Katanya, pelbagai aktiviti yang diatur komuniti Kampung Pulau Manis itu juga dapat merapatkan hubungan penduduk dengan pemimpin, jabatan serta agensi kerajaan dan memperkenalkan gaya hidup yang sihat kepada mereka.

“Di sini mereka ada projek kebun dapur yang sangat bagus untuk menjimatkan perbelanjaan dapur dan kesinambungan projek ini akan dipantau pula oleh Kemas Terengganu untuk memastikan objektifnya tercapai,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya