Kaji jadual penerbangan awal pagi - Timbalan Menteri

PARLIMEN: Kaji jadual penerbangan awal pagi – Timbalan Menteri

SYARIKAT penerbangan perlu mengambil kira jadual penerbangan di awal pagi bersesuaian dengan waktu solat bagi golongan Muslim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan perlu mengambil kira jadual penerbangan di awal pagi bersesuaian dengan waktu solat bagi golongan Muslim.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ia merupakan cadangan baik yang boleh dibuat penambahbaikan demi kebaikan bersama antara pihak penerbangan dan juga penumpang.

“Ini pengalaman kita bersama. Saya dari Sarawak, waktu penerbangan 5.45 pagi, waktu Subuh 5.20 pagi. Tetapi yang sudah (sebelum ini), juruterbang tunggulah. Secara umum, jadual itu kita sudah tahu, mungkin para penumpang kena ambil wuduk lebih awal.

“Kalau nak ubah jadual kapal terbang pun, kita tidak tolak untuk bincang keadaan semasa ini. Namun pihak syarikat penerbangan pun kena peka juga dan kena ambil kira peredaran waktu solat. Ia cadangan yang baik untuk kebaikan bersama,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Afnan Hamimi Bin Taib Azamudden (PN-Alor Setar) dalam soalan tambahan bertanya kepada kementerian adakah pihaknya akan mengkaji waktu penerbangan sesuai dengan waktu solat Subuh kerana terdaapt aduan daripada pekerja syarikat penerbangan yang dilihat mempunyai waktu terhad antara tugasan dan kewajipan menunaikan solat khususnya pada awal pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya