Jumpa Ira? No komen - Puteri Sarah - Utusan Malaysia

Jumpa Ira? No komen – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, mengunci mulut setelah ditanya adakah dia selesa untuk bertemu dengan Ira Kazar selepas ini.

“No komen,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini,

Sarah dan bekas suaminya, Syamsul Yusof, 39 sepakat untuk mengutamakan kebajikan anak mereka iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4, walaupun selepas sah bercerai dengan talak satu hari ini.

Dalam perbincangan bersama sebelum ini, Syamsul akan menghadiri setiap majlis yang melibatkan anak-anak seperti majlis graduasi, sambutan ulang tahun anak-anak dan hari sukan di sekolah.

“Alhamdulillah semua selesai, kami ada berjumpa semalam dan selesaikan semua,” katanya.

Walaupun hak penjagaan anak sepenuhnya di bawah Sarah, namun Syamsul boleh mengunjungi anak-anak pada bila masa sahaja termasuklah menyambut hari raya Aidiladha

Terdahulu, Syamsul melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas.

Hakim turut memerintahkan Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Sebelum melafazkan cerai itu, Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN