Juliana Evans lahirkan cahaya mata kedua - Utusan Malaysia

Juliana Evans lahirkan cahaya mata kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Che Puan Juliana Evans, 33, selamat melahirkan cahaya mata kedua hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Juliana menerusi Instagramnya sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut Juliana turut memuat naik beberapa keping gambar bayinya berserta video.

“Alhamdulillah, saya kini ibu kepada dua cahaya mata,” tulisnya.

Juliana dalam perkongsian di Instastory memaklumkan bayi berkenaan lahir pada tarikh yang sama dengan ayah serta datuknya.

Pelakon filem Pulang itu sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al- Haj pada April 2017.

Kedua pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata termasuk Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya