Johari lebih layak daripada porfolio Menteri Wilayah - Ahmad Zahid

Johari lebih layak daripada porfolio Menteri Wilayah – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamid semasa menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Johari Abdul Ghani layak dipertimbang untuk mendapat portfolio lebih daripada Menteri Wilayah, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO menjawab perkara itu ekoran perwakilan Wilayah Persekutuan UMNO yang mencadangkan Johari dilantik sebagai menteri.

JOHARI ABDUL GHANI

Menurut Ahmad Zahid, beliau akan membawa cadangan perwakilan itu yang mahu kerajaan mewujudkan porfolio Kementerian Wilayah.

“Saya akan berbincang dengan Johari berhubung perkara ini (cadangan porfolio Menteri Wilayah), tetapi dia sebenarnya layak lebih daripada jawatan ini.

“Tetapi jika ini yang pemimpin di bahagian ini mahu, Insya-Allah saya akan jadikan ini agenda kita,” katanya dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2023 di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya