Johari Ghani perlu dapat tempat Kabinet

Johari Ghani perlu dapat tempat Kabinet

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani perlu diberikan tempat dalam Kabinet berikutan kejayaan satu-satunya Ahli Parlimen UMNO yang menang di Wilayah Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Cadangan itu dikemukakan wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya Johari yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan diberi tempat, beliau bukan saja akan memberi manfaat kepada ahli UMNO di kawasan itu, malah seluruh ahli parti.

“Padahal kita di Wilayah Persekutuan ada seorang Naib Presiden UMNO, pemimpin yang saya anggap sebagai ‘The Last Man Standing in Klang Valley, YB Johari Ghani’ yang satu-satunya Ahli Parlimen UMNO yang menang di dalam PRU15 lepas, sepatutnya diberi peranan dan tempat yang penting di dalam kerajaan dan kedudukan politik UMNO di Wilayah Persekutuan.

“Secara jujur di Wilayah Persekutuan kami tidak terasa kebersamaan di dalam sistem Kerajaan Perpaduan berbanding negeri-negeri lain seperti Perak, Pahang dan Melaka,” katanya.

Katanya, selepas Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan di bawah Kerajaan Perpaduan, bukan hanya jawatan menteri sudah tidak lagi wujud, malah lantikan senator bagi Labuan turut ditarik.

“Kita di Wilayah Persekutuan tak rasa lagi kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan berbanding Perak, Pahang dan Melaka. Sedih kita, sudahlah tiada peruntukan.

 

“Inilah nasib kita yang lebih kepada penyeri majlis yang tidak boleh menentukan sebarang dasar. Jawatan Menteri dimansuhkan, jawatan Senator untuk Labuan yang diperuntukkan diberikan kepada orang yang tidak berkenaan, sehinggalah jawatan penting seperti Ahli Majlis Perwakilan Penduduk disetiap Parlimen diterajui Ahli Parlimen PH (Pakatan Harapan) tidak dibincang dan diberikan kuota kepada UMNO,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya