Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera BN dan parti komponen PH di keenam-enam negeri yang terlibat PRN sudah diselaraskan untuk kelancaran kempen semasa PRN nanti. Katanya, BN dan PH kini dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya untuk menghadapi PRN. “Persediaan di keenam-enam negeri terlibat PRN dari segi penyelarasannya, BN dan PH telah bersiap siaga. “Malah kita telah memulakan kerja-kerja itu di peringkat PDM (Pusat Daerah Mengundi) berserta…










