Jelas kekeliruan, erat hubungan akar umbi

Jelas kekeliruan, erat hubungan akar umbi

MUHAMAD AKMAL Saleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang bermula semalam menjadi pentas penting untuk memperjelaskan segala kekeliruan berhubung langkah politik diambil parti itu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), seterusnya membina kembali hubungan sesama ahli.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, meskipun sudah kira-kira enam bulan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan perpaduan, hakikatnya, akar umbi kedua-dua gabungan belum mempunyai pengalaman bersama dalam menghadapi pilihan raya besar seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Tegasnya, maka, ahli parti di semua peringkat perlu diberikan penjelasan tuntas agar mereka tidak lagi keliru untuk bergerak ke hadapan seiring senario politik semasa.

“Perhimpunan kali ini adalah untuk memperjelaskan semua kekeliruan yang berlaku, mungkin di bawah bagaimana kita nak menghadapi, menjurus ke depan ini dengan Kerajaan Perpaduan. Semuanya masih lagi baru, enam bulan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas berkenaan kemungkinan terdapat kumpulan yang memulaukan perhimpunan kali ini selepas tewas dalam Pemilihan UMNO 2023, Muhamad Akmal menjelaskan, ia tidak akan berlaku memandangkan semua yang terlibat sudah akur dengan keputusan pertandingan.

“Itu adalah perkara biasa bagi setiap pertandingan, mesti ada yang kalah dan ada orang yang menang, tidak ada seri. Jadi tujuan utama kita hari ini bukanlah mencari perbezaan, tugas utama adalah mencari persamaan.

“UMNO memerlukan bantuan semua pihak, UMNO memerlukan semua kekuatan perpaduan daripada ahli dan kerjasama ahli. Sebenarnya kali ini adalah untuk bertaut kembali, yang menang kena buat kerja, yang kalah kita kena sokong yang menang untuk kita terus memberikan kerjasama yang erat dalam UMNO,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN