Jangan ‘tembak kaki sendiri’, pesan Asyraf kepada Puad 

Jangan ‘tembak kaki sendiri’, pesan Asyraf kepada Puad 

MOHD PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu bahawa tiada guna untuk menyerang satu sama lain dalam Kerajaan Perpaduan semata-mata mahu memuaskan hati sesetengah pihak. 

Ia berhubung tindakan Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang sebelum ini mempersoal kebolehan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam mengawal keadaan ekonomi negara kerana belum nampak langkah signifikan diambil Ahli Parlimen Pandan itu. 

Kata beliau, usaha mengawal ekonomi negara adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan bukan hanya peranan seseorang menteri meskipun Rafizi yang bertanggungjawab mengemudi kementerian itu.  

“Apabila kita membentuk kerajaan, ia adalah tanggungjawab kolektif, bukannya seorang individu sahaja. Kita perlu hentikan tindakan saling tuduh-menuduh dalam hal ini. 

“Tiada gunanya jika kita (kerajaan) saling menyerang antara satu sama lain. ‘Tembak kaki sendiri’ semata-mata untuk memuaskan hati sesetengah pihak,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Asyraf Wajdi Dusuki

Pada 31 Mei lalu, Mohd. Puad mempersoal kebolehan Rafizi Ramli dalam mengawal keadaan ekonomi negara dan sekurang-kurangnya ada satu polisi baharu ‘ekonomi rakyat’. 

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri. Bila jadi menteri tidak boleh biasa-biasa, mesti luar biasa,” soal Mohd. Puad menerusi satu hantaran di Facebook. 

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, ringgit terus jatuh dan mencecah paras RM4.6 berbanding USD iaitu paras terendah dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Mata wang tempatan didagangkan pada 4.6090/6130 berbanding USD sejak penutupan Rabu minggu lalu pada 4.5920/5950, ringgit terus susut nilai apabila ditutup pada 4.6105/6240.

Bagaimanapun, Rafizi mengingatkan pemimpin UMNO seperti Mohd. Puad supaya mengelakkan diri daripada membuat ulasan yang akan menolak penyokong Pakatan Harapan (PH).

Katanya, UMNO kini sebahagian daripada kerajaan Persekutuan dengan PH dan mereka juga akan bergantung kepada undi penyokong gabungan itu pada pilihan raya negeri akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya