‘Pakatan korup’: Jangan sampai 33 laporan SPRM dibongkar - Lokman Adam bidas Ton

‘Pakatan korup’: Jangan sampai 33 laporan SPRM dibongkar – Lokman Adam bidas Tony

TONY PUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua diingatkan untuk tidak ‘celupar’ menentang Barisan Nasional (BN) kerana jangan sampai orang ramai mula membongkar 33 laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya semasa di Kementerian Kewangan sebelum ini. 

Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, salah satu sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini terpaksa mewarisi sebuah kerajaan yang dibebani hutang sehingga 1.5 trillion adalah kerana bekas Ahli Parlimen Damansara itu. 

“Dah baik-baik kamu boleh berkampung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) sambil enjoy main golf setiap hari dan menikmati hasil crypto kamu dengan aman, jangan sampai orang mula bongkar 33 laporan SPRM terhadap kamu ketika kamu di Kementerian Kewangan.  

“Kalau kamu itu bersih lainlah cerita.  Nasib baik DAP sudah dibersihkan daripada orang macam kamu,” dakwanya dalam satu hantaran semalam. 

Malam tadi, Tony Pua sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini dilapor menggelarkan BN sebagai‘pakatan korup’, dengan label sama turut diberikan kepada Parti Bersatu selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.

Sehubungan itu, beliau berharap PH dapat membentuk kerajaan sendiri selepas ini tanpa penglibatan UMNO dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebagai rekod, Tony Pua merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×