Isteri Musyidul Am Pas meninggal dunia - Utusan Malaysia

Isteri Musyidul Am Pas meninggal dunia

Allahyarhamah Sarah Rejab
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Isteri kepada Datuk Hashim Jasin yang juga Mursyidul Am Pas iaitu Datin Sarah Rejab,77, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sebentar tadi.

Sarah yang juga bekas Ketua Dewan Muslimat Pas negeri dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 petang akibat kegagalan fungsi hati.

Allahyarhamah Sarah yang mendirikan rumah tangga dengan Hashim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang sejak lebih 50 tahun itu mempunyai lima orang anak.

Sementara itu, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

“Mendapat perkhabaran duka sebentar tadi, Datin Sarah Rejab, Isteri kepada Tuan Guru
Hashim Jasin, Mursyidul Am Pas telah pergi mengadap Ilahi. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga kuat dan tabah menghadapi kehilangan insan tersayang,” katanya dalam status Facebooknya di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya