Harga telur naik, tanya Menteri Pertanian -Anwar

Harga telur naik, tanya Menteri Pertanian -Anwar

ANWAR Ibrahim ketika hadir solat Jumaat, di Masjid Jami’Ilhuda, Ampang, di sini hari ini.-UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta media untuk mendapatkan penjelasan berhubung jangkaan harga telur akan naik kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Tanya Menteri Pertanian (dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu),” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jami’il-Huda, Ampang hari ini.

Terdahulu, media melaporkan penyelidikan MIDF Research menjangkakan harga telur meningkat dalam masa terdekat disebabkan bekalan sumber makanan tersebut kini amat terhadap di negara.

Menurut penganalisisnya, Genevieve Ng Pei Fen, selain bekalan terhad di peringkat domestik, penularan wabak selesema burung global menyebabkan bekalan telur di negara lain turut berkurangan.

Pei Fen berkata, perkembangan tersebut berpotensi menyumbang kepada peningkatan harga telur import di negara ini.

Ulasnya, harga purata bagi ayam pada April lalu adalah RM10.45 sekilogram, manakala harga telur gred A adalah 47 sen sebiji, gred B (45 sen sebiji) dan gred C (44 sen sebiji).

“Kami percaya bahawa pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan mendadak selepas kawalan harga ditamatkan, namun harga telur mungkin meningkat disebabkan bekalan yang terhad di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.