PUTRAJAYA: Kerajaan masih menanggung subsidi RM58 juta walaupun berlaku kenaikan tarif elektrik melibatkan satu peratus atau 83,000 pengguna domestik bagi penggunaan elektrik tinggi melebihi 1,500 kWj . Ia ekoran pelarasan tarif elektrik untuk pengguna Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini di bawah pelaksanaan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT). Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengguna terbabit alami kenaikan bil elektrik…










