Empat rumah setinggan, tujuh kenderaan musnah kebakaran

Empat rumah setinggan, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran

KEBAKARAN rumah setinggan di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas, Tawau, Sabah, awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Empat buah rumah setinggan dan tujuh buah kenderaan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi itu, empat buah rumah jenis tidak kekal dan tujuh kenderaan tersebut musnah sepenuhnya..

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.43 pagi tadi dan 15 orang pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menaiki dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah lori tangki air.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, terdapat empat buah rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya termasuk tujuh buah kenderaan.

Beliau berkata, tindakan pantas bomba memadam kebakaran berjaya mengelakkan api daripada merebak ke sebuah rumah kedai dan dua buah rumah kediaman lain di kawasan berhampiran.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 600 kaki dua pancutan dan sumber air yang diperoleh dari jentera lori tangki air bomba. 

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi terkawal pada pukul 2.29 pagi, dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.07 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya