Dua pemimpin Amanah terajui Kada, Mada

Dua pemimpin Amanah terajui Kada, Mada

MOHAMAD Sabu bergambar selepas menyerahkan surat pelantikan kepada Ismail Salleh (dua dari kanan) dan Muhammad Husain (dua dari kiri) di KPKM, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik masing-masing sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang baharu berkuat kuasa 15 Mei lalu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jawatan itu melibatkan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh sebagai Pengerusi Mada dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Muhammad Husain dilantik Pengerusi Kada.

Katanya, pelantikan kedua-dua mereka mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka dalam bidang pentadbiran, dasar dan pembangunan masyarakat.

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti mereka dalam menggalas amanah menerajui kedua-kedua Badan Berkanun Persekutuan di bawah kementerian ini.

“Saya berharap agar tanggungjawab yang diberikan dijalankan dengan penuh integriti dan tatakelola yang baik selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang dilantik,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya