Dua ditahan bantu siasatan kes tikam warga emas sampai mati - Utusan Malaysia

Dua ditahan bantu siasatan kes tikam warga emas sampai mati

TAN CHENG SAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam di kawasan semak berhampiran Jalan Song Ban Kheng, di sini, kira-kira pukul 7.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, mangsa yang tidak diketahui identiti berusia 70-an itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah.

Jelas beliau, bertindak atas maklumat, dua suspek lelaki tempatan berusia 50 dan 60 tahun ditahan di dua lokasi berbeza iaitu Hospital Bukit Mertajam (HBM) dan pekarangan Klinik Kesihatan Berapit hari ini.

“Kedua-dua suspek dipercayai datang untuk mendapatkan rawatan dipercayai akibat mengalami kecederaan disyaki berkaitan dengan penemuan mayat terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cheng San berkata, semakan rekod lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai tiga kes jenayah dan tujuh kes berkaitan narkotik manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod.

“Punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa sehingga berlakunya pergaduhan yang mengakibatkan kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya