CUEPACS gesa siasat dakwaan menteri buat ‘kecoh’ di KLIA 

Siasat dakwaan menteri buat ‘kecoh’ di KLIA – CUEPACS

CUEPACS
ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci berhubung isu tular berhubung seorang menteri didakwa membuat ‘kecoh’ serta menceroboh dewan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, tindakan itu didakwa dilakukan hanya kerana mahu menyelamatkan pelancong asing yang ditahan ketika mahu memasuki negara ini.

Katanya, sekiranya perkara itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa, CUEPACS berasa sangat kesal kerana melibatkan pelanggaran protokol keselamatan negara serta mengganggu tugas penjawat awam.

“Justeru, CUEPACS berharap satu siasatan penuh dilakukan oleh pihak berkuasa dan kerajaan dalam memastikan tindakan sama tidak berulang. Tiada individu yang lebih besar daripada undang-undang negara dan jika berlakunya pelanggaran undang-undang dalam hal ini, tindakan tegas wajar diambil oleh kerajaan bagi menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang.

“CUEPACS tidak mahu tugas yang dilaksanakan penjawat awam bagi menjaga kedaulatan negara diganggu hanya kerana kepentingan peribadi pihak tertentu. Setiap tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam sudah pasti berlandaskan undang-undangs sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA bagi mendesak Jabatan Imigresen membebaskan seorang pelawat dari China sehingga tular dalam media sosial.

Ia didakwa berlaku petang semalam apabila menteri berkenaan dikatakan masuk ke kawasan ketibaan itu tanpa memohon pas.

Difahamkan, ia bertujuan  ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dikatakan dinafikan daripada memasuki negara ini setelah tiba semalam.

Apabila mendapat tahu mengenai tahanan itu menteri berkenaan didakwa ke KLIA dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Apabila  dihalang, dia dikatakan menggunakan kuasa menterinya termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China berkenaan, dakwa portal terbabit.

Dalam pada itu, menurut Adnan, semua pihak termasuk pemimpin negara sewajarnya memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa yang melaksanakan tugas.

Jelasnya, tidak wajar kelakuan menceroboh itu dilakukan kerana ia jelas melanggar prosedur keselamatan atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sebagai individu yang bertaraf menteri, adalah tidak wajar perkara tersebut dilakukan.  Sekiranya berlaku salah faham dalam proses penahanan pelancong terbabit, menteri terbabit boleh memberi bantuan mengikut prosedur atau mendapatkan maklumat yang lebih jelas dahulu daripada pihak berkuasa di lapangan terbang,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya