Cadangan saya peribadi, bukan rasmi – Kit Siang

Cadangan saya peribadi, bukan rasmi – Kit Siang

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang menepis dakwaan bahawa beliau adalah individu di sebalik pendedahan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa partinya diajak menyertai Kerajaan Perpaduan.

Kit Siang berkata, Abdul Hadi percaya bahawa cadangan beliau untuk Pas menyertai Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cadangan rasmi dan bukannya hanya pendapat peribadi.

Mengulangi kenyataannya kepada Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pada 18 Mei, cadangannya untuk Pas bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan adalah untuk menyelesaikan isu-isu dihadapi dibawah pentadbiran parti tersebut.

“Pertamanya, izinkan saya untuk jelaskan yang cadangan kerjasama di antara Kerajaan Perpaduan Anwar dan Pas untuk menyelesaikan isu masalah air dan kekurangan pembangunan yang telah berkelanjutan selama 60 tahun di Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

“Ini adalah idea peribadi saya dan bukannya cadangan DAP memandangkan saya belum membincangkan perkara ini dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke atau mana-mana pemimpin DAP yang lain,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Abdul Hadi mendedahkan, beliau pernah dihubungi beberapa kali oleh ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan terdapat wakil daripada Kerajaan Perpaduan menawarkan penyertaan tersebut kepada Pas.

Melalui satu kenyataan, Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudim mempertahan kenyataan Abdul Hadi dan mengaitkan Kit Siang sebagai individu yang mengajak Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

Kit Siang berkata, situasi tersebut jelas menunjukkan Ahli Parlimen Jerantut itu tidak berhubung dengan Ahli Parlimen Marang sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.

“Biarlah Abdul Hadi jelaskan sama ada dia memikirkan yang cadangan cadangan saya adalah cadangan rasmi bagi pihak Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dan biar jelaskan sama ada dia akan menerima tiga cadangan saya sebelum Pas boleh menyertai Kerajaan Perpaduan Anwar ini,” katanya.

Antara cadangan tersebut adalah Abdul Hadi perlu menarik semula dan memohon maaf untuk pelbagai tuduhan sebelum ini terhadap DAP dan Kit Siang, ahli-ahli Parlimen Pas perlu menunjukkan mereka akan berhenti memainkan isu-isu perkauman serta keagamaan, sebaliknya menjadi contoh tauladan yang menyokong kestabilan politik dan perpaduan nasional.

Selain itu, Pas perlu menyokong matlamat menjadikan Malaysia sebagai contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya