Bercinta dengan Tiz Zaqyah? Doa yang baik-baik - Keith Foo

Bercinta dengan Tiz Zaqyah? Doa yang baik-baik – Keith Foo

KESERASIAN Keith dan Tiz Zaqyah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai hubungan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Keith Foo, 40, tidak menolak bahawa memang berkawan rapat dengan Tiz Zaqyah ketika ini namun hanya sebagai seorang sahabat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Keith berkata, aksi mesra berpegang tangan dalam video yang dimuat naik Tiz Zaqyah hanyalah perkara biasa memandangkan mereka memang sahabat rapat sejak pulang dari Indonesia sekitar tahun 2014.

“Saya dan Tiz sudah berkawan lama sejak saya pulang dari Indonesia lagi. Tambahan pula kami pernah digandingkan dalam satu drama sebelum ini.

“Kami tidaklah kerap berjumpa. Cuma ada ketikanya kami akan keluar dan travel bersama. Lagipula kami merupakan rakan kongsi perniagaan bersama,” katanya.

Ditanya adakah hubungan sebagai seorang sahabat akan berubah menjadi kekasih, Keith Foo meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan Tiz.

“Tak berani cakap. Jika ada yang mengatakan kami sepadan. Saya terima kerana itu perkara baik.

“Apapun, doakan yang baik-baik,” jawabnya ringkas.

Keith juga tidak menolak sekiranya sebarang tawaran sekiranya ada penerbit yang ingin menggandingkan mereka bersama.

“Saya dan Tiz sudah lama tidak bergandingan bersama (dalam drama). Jika ada produksi yg berhasrat untuk gandingkan kami, apa salahnya,” katanya.

Terdahulu, Keith Foo dan Tiz Zaqyah pernah bergandingan dalam drama Jodoh Itu Milik Kita pada tahun 2013.

Keserasian mereka diperkatakan apabila Tiz Zaqyah memuat naik beberapa video memaparkan aksi berpegang tangan dan mesra di laman media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×