Bekas pengurus bahagian sumber manusia dituduh salah guna kuasa  - Utusan Malaysia

Bekas pengurus bahagian sumber manusia dituduh salah guna kuasa 

SHAHRIZAL Ridzuan Ambak (kanan) yang didakwa atas kesalahan salah guna kuasa dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini, - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pengurus bahagian sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan salah guna kuasa, tahun lalu.

Shahrizal Ridzuan Ambak, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya bagi mendapat suapan dengan membekalkan sim kad kepada 117 pekerja ladang warga India bernilai RM4,428.60.

Shahrizal Ridzuan didakwa mempunyai kepentingan bagi urusan itu disebabkan ejen pembekalan simkad adalah anaknya.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Ladang Rakyat Terengganu, Cheneh, Kemaman antara Julai sehingga September 2022.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 3 Ogos dan membenarkan Shahrizal Ridzuan diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan sepanjang prosiding berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Raihan Yusoff dan Nur Athikah Aziz manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md. Zain. – UTUSAN/

SHAHRIZAL Ridzuan Ambak (kanan) yang didakwa atas kesalahan salah guna kuasa dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini, – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya