Bakal calon PN tak perlu tunggu umum untuk turun padang - Utusan Malaysia

Bakal calon PN tak perlu tunggu umum untuk turun padang

PN Selangor
MUHYIDDIN Yassin bersama pimpinan PN Selangor pada Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebahagian kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang sudah dikenal pasti bakal calonnya oleh Perikatan Nasional (PN) tidak perlu menunggu pengumuman rasmi untuk turun berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sebaliknya, mereka dan jentera masing-masing perlu terus berkempen supaya tidak terikat dengan masa yang terhad selama dua minggu untuk memperkenalkan bakal calon dan menyampaikan penerangan dasar-dasar parti.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Selangor merupakan negeri terawal mengemukakan senarai calon untuk ditawarkan di kesemua 56 kerusi DUN dan menasihatkan anggota parti supaya akur dengan keputusan yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan.

Selepas ini soal pemilihan calon, bila soal pembahagian kerusi selesai, akan tiba masanya nama-nama calon akan diminta untuk dikemukakan, Selangor awal-awal sudah terima, yang rasmi terima yang tak rasmi pun terima.

“Sekarang selepas diselesaikan dengan pemilihan oleh parti, kalau kita kata sudah bersetuju tanpa soal jawab, calon ini sudah boleh turun ke bawah, kerana pada hari penamaan calon, kita ada dua minggu tempoh memperkenalkan calon. Masa yang ada amat terhad dan terbatas,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor 2023, hari ini.

Beliau menambah, tinjauan PN di negeri ini sejak PRU15 tahun lalu, pengundi meletakkan dua faktor untuk mereka membuat keputusan pada hari pengundi iaitu part dan juga kelayakan calon untuk dipilih.

Sementara itu Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam sidang akhbar memaklumkan, senarai calon dicadangkan oleh parti komponen bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti ditandingi mereka pada PRN.

“Saringan sedang berlaku sekarang dalam semua parti, saya ingat dalam tempoh terdekat (muktamad calon), sebab kerusi pun kita selesai awal, calon pun kita percaya akan selesai awal. 

Malahan, sebahagian besar sudah pun selesai, cuma perlu nama-nama besar untuk lonjakan sokongan. Sebahagian besar sudah mula berkempen lama. Tak semestinya tunggu sehingga diumumkan baru buat kerja. Itu bukan cara PN, kita bekerja walaupun tidak dicalon atau menjadi calon. Jadi kita akan teruskan (bekerja),” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya