Baju 'toto' buat Aina Abdul lebih yakin - Utusan Malaysia

Baju ‘toto’ buat Aina Abdul lebih yakin

AINA ABDUL ditemui selepas memperkenalkan lagu baharu berjudul, Kembara Nabawi hasil kerjasama dengan Ali Zahra Holding Sdn. Bhd. dan syarikat rakaman Asia Empire Record di ibu negara, semalam.-UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enggan mengambil peduli terhadap kritikan netizen, penyanyi, Aina Abdul tetap mempertahankan keputusan memilih busana persis ‘toto’ yang digayakan semasa konsert keempat Big Stage 5, baru-baru ini.

Jelasnya, dia bukan sengaja mahu mencipta sensasi, sebaliknya busana yang dibincang bersama pereka fesyen itu mempunyai simbolik dan maksud yang selari dengan tema konsert.

Aina berkata, busana itu juga sebenarnya membuatkan dirinya lebih berkeyakinan ketika melontarkan komen terhadap setiap peserta yang bertanding.

“Baju ini bukan sekadar viral atau jadi sohor kini. Ia bukan hanya sekadar toto atau suka-suka hendak pakai begitu.

“Sebaliknya, saya cuba sampaikan mesej sempena tema hari galau. Ia adalah simbolik kerana bagi saya dan Adi (pereka fesyen), katil atau tilam adalah tempat untuk kita meluahkan segala rasa sedih,” katanya.

Aina ditemui selepas memperkenalkan lagu baharu berjudul, Kembara Nabawi hasil kerjasama Ali Zahra Holding Sdn. Bhd. dengan syarikat rakaman Asia Empire Record, semalam.

Aina yang merupakan juri tetap program realiti itu mengulas penampilannya yang dikatakan memakai busana menyerupai toto, Ahad lalu.

Ditebak menjadi mangsa keadaan atau bahan eksperimen pereka fesyen, Aina menidakkan perkara tersebut.

Sebaliknya, penyanyi lagu Sumpah ini sangat menghargai bakat dan kebolehan setiap pereka fesyen yang berusaha menonjolkan kelainan dalam setiap busana yang dihasilkan.

“Saya bukan mangsa fesyen kerana setakat ini pereka fesyen yang bekerjasama dengan saya semuanya okay.

“Saya hargai bakat serta kebolehan kerana mereka juga memerlukan medium untuk memperagakan baju yang dihasilkan. Saya pula mahu satu kelainan daripada segi penampilan.

“Bagi segelintir orang, mungkin ada yang merasakan imej dan penampilan saya ini seperti provokasi. Tetapi bagi individu dan rakan-rakan yang berada dalam industri mereka lebih memahami. Jadi tidak timbul rasa provokasi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya